PRK Tanjung Piai: SPR jamin SPM berjalan lancar

Mohamed Elias (dua dari kiri) meninjau pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chiao, Kukup di sini hari ini.
Mohamed Elias (dua dari kiri) meninjau pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chiao, Kukup di sini hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak terganggu semasa hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, hanya tiga buah sekolah terlibat semasa pengundian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kukup, SMK Dato Yunos Sulaiman dan SMK Pekan Nenas.

“SPR sudah tinjau sekolah menengah terlibat, di mana peperiksaan SPM akan diadakan di dewan besar tetapi SPR hanya menggunakan kelas sahaja.

“Tarikh undi adalah 16 November iaitu Sabtu dan tiada ujian berjalan pada hari itu, malah di Johor ini, hari Jumaat juga cuti hujung minggu. Kita dah ambil kira semua aspek termasuk perkara peperiksaan itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chiao, Kukup di sini yang juga merupakan salah satu pusat mengundi PRK Tanjung Piai.

Mohamed Elias berkata, terdapat 28 pusat mengundi melibatkan 27 sekolah dan sebuah dewan serbaguna di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian bagi pengundian awal PRK Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan: