Air berbau di 27 kawasan pulih

Laporan Sinar Harian kelmarin.
Laporan Sinar Harian kelmarin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 27 daripada 33 kawasan yang terjejas berikutan masalah bekalan air berbau menunjukkan pemulihan sehingga jam 6 petang semalam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, sebanyak 37 aduan baharu diterima sehingga jam 6 petang semalam dan pihaknya terus memeriksa kolam perkhidmatan dan mencuci sistem perpaipan di kawasan tadahan.

"Sehingga kini kami sudah membuat pemeriksaan dan pencucian ke atas 160 kolam perkhidmatan.

"Aktiviti pemeriksaan dan pencucian kolam serta sistem agihan itu masih diteruskan bagi memastikan semua kawasan terkesan dengan kes berkenaan pulih sepenuhnya," katanya.

Enam kawasan yang masih terjejas adalah di Puchong Prima, Petaling; Seri Kembangan, Petaling; Saujana Puchong, Petaling; Seksyen 3, Bangi, Hulu Langat; Salak Tinggi, Sepang dan Saujana Putra, Kuala Langat.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Air berbau busuk'

Air Selangor terima 1,143 aduan air berbau

Artikel Berkaitan:

Aduan air berbau busuk di 33 kawasan semakin pulih