X

Kindly register in order to view this article
!

Jimmy Carter hadiri majlis walaupun cedera

Jimmy Carter ketika berucap pada majlis Habitat for Humanity di Nashville, Tennessee pagi tadi (waktu tempatan). -Foto AP
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, 95, tetap menghadiri majlis Habitat for Humanity di Nashville, Tennessee pagi tadi (waktu tempatan) walaupun cedera selepas terjatuh di rumahnya di Plains, Georgia semalam.

Pada majlis itu Carter memakai topi besbol Atlanta Braves tetapi mata kirinya bengkak dan pembalut putih masih di atas matanya.

Carter memberitahu orang ramai pada majlis itu bahawa dia terpaksa pergi ke hospital dan mendapatkan 14 jahitan.

"Datang ke majlis ini merupakan keutamaan saya nombor satu," katanya.

Sebelum itu jurucakapnya, Deanna Congileo memberitahu wartawan bahawa beliau mahu semua orang tahu mereka suami isteri tidak sabar mahu menghadiri Projek Kerja Jimmy dan Rosalyn Carter, Habitat for Humanity di Nashville, Tennessee.

Pada Mei lalu dia pernah menjalani satu pembedahan bagi penggantian pinggulnya namun tetapi masih meneruskan aktiviti rutinnya.

Carter yang merupakan anggota Democrat yang menjadi gabenor Georgia dari tahun 1971 hingga 1975 dilantik sebagai presiden pada tahun 1976 dan berkhidmat selama sepenggal di Rumah Putih.

Beliau kalah bagi pemilihan semula pada tahun 1980 kepada bekas Presiden, Ronald Reagan.

Sejak meninggalkan jawatan itu Carter menerima pujian antarabangsa kerana kerja kemanusiaannya. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!