X

Kindly register in order to view this article
!

PM digesa bawa resolusi KMM ke Dewan Rakyat

A'zlan
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut) menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa resolusi yang dibentangkan dalam Kongres Maruah Melayu (KMM) ke Dewan Rakyat bagi memperjuangkan nasib kaum Melayu di negara ini.

Pengerusinya, A'zlan Abu Bakar berkata, menerusi ucapan amanat Dr Mahathir di dalam KMM, beliau dilihat tidak menunjukkan reaksi positif bagi mengangkat resolusi itu ke peringkat lebih tinggi demi kepentingan Melayu.

"Adakah KMM ini hanya sekadar retorik yang akhirnya mengecewakan generasi anak bangsa Melayu akan datang disebabkan kepimpinan hari ini?.

"Oleh itu kami menggesa Dr Mahathir membawa keseluruhan resolusi ini di dalam Dewan Rakyat. Itu pun jika benar beliau memperjuangkan nasib kaum Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, A'zlan berkata, pihaknya juga percaya terdapat tuduhan akan timbul selepas ini dengan mendakwa penganjuran KMM itu adalah bersifat perkauman rentetan daripada resolusi berkenaan yang terdiri daripada lima kluster.

Beliau berkata, bangsa-bangsa lain di negara ini juga mungkin akan menganjurkan kongres selepas ini bagi menumpukan kepada resolusi yang dibentangkan dalam KMM sebelum ini.

"Oleh sebab itu, perkara ini akan menjadi tekanan berterusan buat Dr Mahathir memandangkan beliau sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan pada masa kini tidak kuat kemelayuannya kerana didokong sokongan bukan Melayu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!