Brexit akan diteruskan: PM Britain

Boris Johnson - Foto AFP
Boris Johnson - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa beliau tidak akan menangguhkan Brexit pada 31 Oktober.

Beliau turut menekankan cadangan terbarunya adalah peluang terakhir untuk mencapai kesepakatan.

Dalam satu panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam, Johnson berkata, EU tidak boleh terus mengharapkan United Kingdom (UK) untuk terus berada di dalam blok itu selepas hujung bulan ini.

Katanya, beliau tidak akan membuat sebarang penangguhan lagi meskipun Ahli Parlimen Britain bulan lalu meluluskan undang-undang yang memerlukannya untuk menangguhkan Brexit jika gagal mencapai perjanjian pada akhir sidang kemuncak EU pada 17 hingga 18 Oktober.

"UK telah membuat tawaran penting tetapi sudah tiba masanya untuk Suruhanjaya EU menunjukkan kesediaan berkompromi. Jika tidak UK akan berundur tanpa kesepakatan," menurut sumber Downing Street. - AFP

Artikel Berkaitan: