Isu GST belum dibincangkan, kata Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih belum ada perbincangan dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkaitan pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Dr Mahathir, ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan GST baru-baru ini, beliau hanya menjawab soalan media meskipun tiada perbincangan dilakukan pada waktu tersebut.

“Kalau timbul permintaan daripada rakyat, kita sensitif kepada kehendak rakyat dan kita akan kaji. Tapi tidak ada kajian yang dibuat pada waktu ini.

"Masa saya menjawab itu belum ada persidangan Majlis Presiden,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan media mengenai GST tak tepat, kata Dr Mahathir

Semalam, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan kerajaan bersedia menambah baik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bukan bermakna akan mengembalikan sistem GST.

Beliau berkata, laporan media sebelum ini seolah-olah menggambarkan kerajaan akan melaksanakan semula GST adalah tidak tepat.

“Mengambil kira pendapat sesetengah rakyat (kembalikan GST) dan saya ditanya oleh media.

Artikel Berkaitan:

“Ya kita akan pertimbangkan. Tapi ia tidak bermakna kita akan setuju. Kita akan tambah baik SST.

“Tetapi media melaporkan seperti kita putuskan untuk mansuh SST untuk GST. Sudah tentu pembangkang gembira. Laporan media buat pembangkang gembira,” katanya semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya perkembangan terbaru Malaysia Airlines (MAS), Dr Mahathir memaklumkan ada banyak pembida untuk membeli syarikat penerbangan itu.

“Saya belum lagi bercakap dengan mereka. Ada banyak pembida yang terdiri daripada pelabur tempatan tapi itu bergantung kepada Khazanah untuk buat keputusan,” katanya.