X

Kindly register in order to view this article
!

Benarkah isteri perlu lebihkan ibu mertuanya?

ISTERI wajib menghormati ibu mertuanya, tetapi melebihkan daripada hak ibu dan bapa sendiri ialah hal yang tidak boleh diterima segi hukum akal dan syarak. -Gambar hiasan
A
A

SELALU kita dengar orang kata bahawa isteri perlu melebihkan ibu mertuanya berbanding dengan ibunya sendiri selepas mereka berkahwin.

Itu tanggapan hampir kebanyakan masyarakat kerana selepas berkahwin, keutamaan mereka adalah kepada suami masing-masing dan sudah tentulah keluarga mertua juga terlibat.

Benarkah begitu? Bagaimana pula tanggungjawab wanita berkahwin kepada ibu bapanya sendiri?

Pada edisi sulung segmen Kalam kali ini, segala persoalan berkenaan, penulis dilontarkan kepada pendakwah bebas dan penulis, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed.

Mengupas tentang topik tersebut, ujar agamawan berkenaan, ibu mertua sebenarnya tiada hak yang wajib ke atas menantunya sepertimana ibu sendiri yang mempunyai hak terhadap anaknya sendiri.

"Perkara itu dinyatakan jelas dari sudut memberikan khidmat kepada ibu mertua. Ia sebagaimana dipetik menerusi keputuasan Fatwa Lajnah Daimah, sebuah badan fatwa kerajaan Arab Saudi," kata beliau.

Ustaz Syed Shahridzan menjelaskan, sebagai seorang anak, wajib bagi kita untuk membantu ibu bapa masing-masing, apatah lagi jika kedua-dua orang tua kita hidup dalam kemiskinan.

"Justeru, kita wajib memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa kita," katanya.

Bagaimana pula apabila khidmat kepada ibu mertua yang dikaitkan dengan ketaatan kepada para suami?

Dalam hal itu, ujar Ustaz Syed Shahridzan, isteri wajib mentaati perintah suami dan berkhidmat kepada ibu mertuanya jika si suami memerintahkan demikian.

"Namun, khidmat yang diberikan oleh isteri itu bukanlah atas kapasiti bahawa ibu mertua ada hak sepertimana ibu sendiri, tetapi isteri wajib taat dalam berkhidmat kepada ibu mertua disebabkan atas kapasiti ketaatan kepada suami.

"Menjadi kewajipan isteri atau menantu menghormati ibu mertuanya. Itu keperluan yang tak boleh dinafikan. Namun, melebihkan daripada hak ibu dan bapa sendiri ialah hal yang tidak boleh diterima segi hukum akal dan syarak," katanya.

Justeru, perkara itu perlu difahami dengan lebih baik supaya tidak timbul persengketaan dan salah faham pada kemudian hari.

(ARTIKEL BERKAITAN: Antara mertua dan ibu sendiri, mana lebih utama bagi wanita berkahwin?)

Antara ibu mertua dan ibu sendiri, mana lebih utama?

Wanita yang berkahwin perlu utamakan ibu mertua berbanding ibu sendiri. Benarkah? Jom kita lihat apa kata agamawan. #sinarislam #kalam #lifestylesinarharian

Posted by Sinar Harian on Sunday, October 6, 2019


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!