X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu sedia pelan tindakan realistik, jaminan

Buku WKB2030 yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Gambar kecil: Tengku Haphiz Tengku Putera
A
A

SHAH ALAM - Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang diumumkan semalam adalah satu lagi tindakan Pakatan Harapan (PH) bagi mengaburi rakyat dengan 'dokumen kosmetik'.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, rakyat memerlukan pelan tindakan realistik untuk kos sara hidup, harga bahan komoditi yang stabil, pelaburan dalam negara yang tinggi serta keselamatan hubungan kaum.

"Kerajaan perlu memberi jaminan kepada rakyat bahawa pelaksanaan WKB2030 benar-benar dapat menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat bukannya 'senasib' dengan Buku Harapan hanya disepikan dalam tong sampah.

"PH tidak serius membangunkan negara. Idea wawasan ini bagus tetapi ia sebagai asas rujukan bagi kementerian melaksanakan mengikut polisi masing-masing," katanya ketika dihubungi Sinar Harian bagi diminta mengulas berhubung WKB 2030.

Tambah Tengku Haphiz, kerajaan hari ini tiada satu konsensus betul- betul kuat dan serta sentiasa berubah tanpa melihat kepada kajian serta keperluan yang sepatutnya.

"Alasan saya ialah apabila keluar WKB2030 ini seolah-olah mereka tidak membuat persiapan yang baik untuk menjadi kerajaan. Kita tidak mahu ia jadi dokumen kosmetik sahaja atau alat untuk kaburi mata rakyat.

"Kenapa tidak terus disediakan pelan tindakan atau rujukan lengkap. Rakyat hanya mahu perkara realistik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!