Manchester City malu besar

Adama Traore memastikan City berputih mata di laman sendiri.
Adama Traore memastikan City berputih mata di laman sendiri.
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City tumbang buat kali kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Wolverhampton Wanderers di Stadium Etihad sebenar tadi.

Adama Traore muncul watak pemusnah City apabila meledak dua gol buat Wolves masing-masing pada minit ke-80 dan 90.

Kekalahan itu menyaksikan The Citizens yang muncul juara EPL dua musim berturut-turut kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Liverpool terlebih dulu mengukuhkan cengkaman di persada EPL apabila meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City di Anfield semalam.

Selepas mengharungi lapan perlawanan, The Reds yang masih gah dengan rekod bersih tanpa kalah kini mengumpul 24 mata.

Dalam pada itu, Arsenal meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Bournemouth 1-0 di Stadium Emirates. David Luiz meledak gol kemenangan The Gunners seawal minit kesembilan.

Chelsea turut melakar kemenangan selepas membenam Southampton 4-1 di gelanggang lawan.

Tammy Abraham membuka tirai jaringan The Blues pada minit ke-17 sebelum Mason Mount menambah gol kedua Chelsea berselang tujuh minit kemudian.

Artikel Berkaitan:

Biarpun Southampton berjaya merapatkan kedudukan hasil ledakan Danny Ins pada minit ke-30, Chelsea kembali melebarkan jurang selepas N’Golo Kante menambah gol ketiga Chelsea sepuluh minit kemudian.

Chelsea mengesahkan kemenangan bergaya mereka apabila Michy Batshuayi menyumbat gol keempat The Blues pada minit ke-89.