Han-Byul, juara Big Stage musim kedua

Han-Byul membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro beserta trofi. - Foto Sinar Harian
Han-Byul membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro beserta trofi. - Foto Sinar Harian
A
A
A

PENYANYI dari Korea Selatan, Han-Byul muncul sebagai juara Big Stage musim kedua yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam sebentar tadi.

Pemilik nama sebenar Jang Han-Byul, 29, tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Lose Yourself nyanyian asal Eminem dan single terbaharu, Luka dan Bahagia ciptaan Haqiem Rusli menewaskan empat finalis lain iaitu Neeta, Adzrin, Dinda Permata dan Irfan Haris.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan Han-Byul membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro beserta trofi.

Han-Byul memperolehi markah sebanyak 70.33% meninggalkan Neeta pada kedudukan kedua dengan markah 68.66%, sekali gus menamatkan persaingan sengit antara kedua peserta pilihan ramai ini.

Neeta yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta Trofi dan diikuti Adzrin di tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi.

Sementara Irfan Haris dan Dinda Permata pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat dan kelima dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Kesemua finalis diadili tiga juri profesional yang terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan selaku juri tetap, serta Misha Omar sebagai juri jemputan mewakili 70% pemarkahan. Manakala 30% lagi adalah menerusi undian secara online.

Malam kemuncak Big Stage musim kedua yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) ini menampilkan pengacara serasi Alif Satar dan Sherry AlHadad.

Artikel Berkaitan: