Kisah seorang graduan kejuruteraan

A
A
A

MERAK Jalanan terima mesej melalui WhatsApp yang menceritakan kisah seorang graduan kejuruteraan salah sebuah IPTA di negara kita. Puas mencari kerja dalam bidangnya tetapi gagal. Akhirnya dia nekad mencari kerja yang bukan dalam bidangnya. Asalkan ada sumber pendapatan untuk keperluan hidup.

Dia nampak ada kumpulan sarkas yang sedang membuat persembahan. Kumpulan ini bergerak ke seluruh dunia dan kebetulan sedang melakukan persembahan di Malaysia. Dia minta kerja di sana.

Pengurus sarkas adalah seorang lelaki dari India. Dia beritahu, tiada kerja yang sesuai dengan kelayakannya. Mereka sudah ada kumpulan jurutera mereka sendiri yang profesional.

Puas graduan ini merayu sambil menceritakan kesempitan hidupnya sekeluarga. Manager bersimpati namun berkata, sekarang ini memang tiada kerja."

Graduan ini berjalan keluar dengan hampa. Tiba-tiba pengurus itu memanggilnya. Dia berkata, “Ada satu kerja yang kosong iaitu untuk berlakon sebagai chimpanzee dan melakukan aksi-aksi lucu. Boleh kamu lakukannya?”

Dengan pantas graduan tersebut terima. Dia terdesak. Dia ketepikan ego dan malu demi mencari rezeki. Sekurang-kurangnya adalah juga sedikit wang yang boleh mengurangkan beban keluarga.

Bermula hari itu dia memakai suit chimpanzee dan menghiburkan penonton. Namun malang tidak berbau. Suatu hari, ketika dia sedang melakukan persembahan, dia tergelincir dan terjatuh ke tempat persembahan harimau.

Penonton terkejut melihat chimpanzee telah jatuh ke dalam kawasan harimau itu. Tiada sesiapa pun tahu yang Chimpanzee itu adalah seorang manusia.

Artikel Berkaitan:

Graduan itu tadi sangat takut memikirkan dia di ambang maut. Dia cuba melompat keluar tapi kakinya cedera. Dia nampak harimau tersebut meluru pantas dan ganas ke arahnya. Dia tahu masanya sudah tiba dan dia terus mengucap panjang. Ya Allah, ampunilah aku katanya.

Harimau tersebut mendekati chimpanzee dengan pantas tetapi ia tidak menyerang! Graduan tersebut tidak putus-putus berdoa agar bantuan segera tiba.

Secara tiba-tiba harimau tersebut berbisik kepada graduan tersebut, “Relax bro. Jangan panik. Ni aku ini, Rambo. Senior batch 2017. Sampai sekarang masih tak dapat kerja. Jadi aku pun berlakon jadi harimau!"

Merak Jalanan hanya tertawa. Kena tipu rupanya...