X

Kindly register in order to view this article
!

Laporan media mengenai GST tak tepat, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama ahli parlimen Pakatan Harapan dan Warisan hari ini. -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan bersedia menambah baik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bukan bermakna akan mengembalikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, laporan media sebelum ini seolah-olah menggambarkan kerajaan akan melaksanakan semula GST adalah tidak tepat.

“Mengambil kira pendapat sesetengah rakyat (kembalikan GST) dan saya ditanya oleh media.

“Ya kita akan pertimbangkan. Tapi ia tidak bermakna kita akan setuju. Kita akan tambah baik SST.

“Tetapi media melaporkan seperti kita putuskan untuk mansuh SST untuk GST. Sudah tentu pembangkang gembira. Laporan media buat pembangkang gembira,” katanya pada program Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan

Warisan Formula 2020: Selangkah ke hadapan bersama Pakatan-Warisan di The Saujana Hotel di sini malam tadi.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan untuk melaksanakan semula GST jika itu kehendak rakyat.

Kerajaan juga dilaporkan bersedia mengkaji perkara itu namun sebarang pelaksanaan baharu dijamin tidak akan dimasukkan dalam Belanjawan 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan mungkin terpaksa perkenalkan cukai-cukai baharu: PM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!