37 orang cedera bas terbalik di Devon

Seramai 37 orang cedera, termasuk lapan parah apabila sebuah bas dua tingkat terbalik dalam satu kemalangan pagi semalam berhampiran Lombcrombe Cross. - Foto Agensi

A
A
A

DEVON - Seramai 37 orang cedera, termasuk lapan parah apabila sebuah bas dua tingkat terbalik dalam satu kemalangan pagi semalam.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Totnes ke Paignton, berhampiran Lombcrombe Cross, England.

Polis Devon pada mulanya melaporkan hanya seorang cedera parah dan lebih 12 orang cedera ringan.

Bagaimanapun, jumlah yang dikemas kini pada petang hari yang sama mendapati jumlah sebenar ialah 37 orang.

Seramai 37 orang cedera, termasuk lapan parah apabila sebuah bas dua tingkat terbalik dalam satu kemalangan pagi semalam berhampiran Lombcrombe Cross. - Foto Agensi
Seramai 37 orang cedera, termasuk lapan parah apabila sebuah bas dua tingkat terbalik dalam satu kemalangan pagi semalam berhampiran Lombcrombe Cross. - Foto Agensi

Polis berkata, kesemua mangsa dihantar untuk rawatan di hospital berhampiran dan sebahagian daripada mereka hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Semua mangsa meninggalkan lokasi tetapi jalan ditutup untuk kami melakukan siasatan lanjut tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga mengesahkan bahawa pemandu bas tidak ditangkap tetapi dia membantu polis berhubung insiden ini," kata jurucakap polis.

Kemalangan itu menyebabkan ramai kakitangan kesihatan terpaksa turun padang termasuk doktor, jururawat dan juga kakitangan sokongan. - Agensi