Gambar bukti derita Kashmir

Kanak-kanak tersebut dipaksa melakukan ‘sit up dan squat’ oleh tentera ketika kejadian pada 29 Mac 2017.
Kanak-kanak tersebut dipaksa melakukan ‘sit up dan squat’ oleh tentera ketika kejadian pada 29 Mac 2017.
A
A
A

NEW DELHI - Sekeping gambar yang diambil pada 2017 memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di Kashmir dipaksa ‘sit up' dan 'squat’ di tepi jalan di Srinagar oleh pasukan keselamatan sekali lagi mendapat perhatian di media sosial selepas dikongsi aktres, Mona Ambegaonkar.

Beliau turut menggunakan hashtag #KashmirBleeds bersama foto menunjukkan perbuatan buli oleh tentera India di tengah-tengah krisis yang semakin meningkat di wilayah bergolak itu.

Sekatan komunikasi berterusan selama dua bulan sejak India membatalkan status khas seperti terkandung dalam Artikel 370 pada 5 Ogos lalu.

Gambar sama juga digunakan akhbar harian Pakistan, Dawn pada bulan lalu untuk laporan berita ‘Pakistan menolak usaha India untuk menggambarkan keadaan normal di wilayah Kashmir’.

Selain itu, foto yang membawa seribu makna tentang kesengsaraan penduduk di Kashmir itu dikongsi ratusan pengguna di Facebook dan platform media sosial lain.

Difahamkan, siasatan pernah dilancarkan selepas gambar kontroversi ketika insiden menimpa kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Mir Mehran, 11, pada 29 Mac 2017 mendapat reaksi kurang senang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, Senator Amerika Syarikat, Elizabeth Warren menjadi calon presiden kedua Parti Demokrat menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan komunikasi yang masih berkuat kuasa di Jammu dan Kashmir (J&K).

Ahli politik berpengaruh terbabit mengeluarkan kenyataan itu sebulan selepas rakan di bawah parti sama, Bernie Sanders melahirkan perkara sama.

Artikel Berkaitan:

“Saya sangat prihatin dengan apa yang berlaku di Kashmir termasuk sekatan lain yang masih berkuat kuasa. Hak penduduk di wilayah itu perlu dihormati,” tegas pengkritik lantang Presiden Donald Trump tersebut. - Agensi