Suspek kes pembunuhan bersiri ditahan

Jolly, suspek menyebabkan kematian enam sekeluarga termasuk suaminya sendiri. - Foto India Today
Jolly, suspek menyebabkan kematian enam sekeluarga termasuk suaminya sendiri. - Foto India Today
A
A
A

KERALA - Seorang suri rumah di India dan tiga yang lain ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kematian enam sekeluarga termasuk suaminya sendiri.

Dengan penahanan itu polis Kerala akhirnya dapat menyelesaikan kes kematian bersiri sebuah keluarga Katolik di daerah Kozhikode selama 14 tahun antara tahun 2002 dan 2016.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, polis menggali semula kubur keluarga tersebut pada 4 Oktober lalu untuk memeriksa sebab di sebalik kematian enam orang dari keluarga yang mati dalam keadaan misteri itu.

"Tertuduh membuat perancangan yang teliti dan cara yang selamat untuk menyembunyikan pembunuhan. Ini adalah satu kes yang mencabar," kata seorang pegawai polis.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak ia bermotifkan harta dan tragedi bermula apabila seorang guru Annamma Thomas, 57, meninggal dunia pada tahun 2002 namun keluarga beranggapan ia sebagai kematian semula jadi.

Selepas enam tahun, suaminya, Tom Thomas, 66, meninggal akibat kegagalan jantung diikuti anak mereka Roy Thomas, 40, pada 2011 meninggal dunia dengan cara yang sama.

Namun laporan bedah siasat mendedahkan dia diracun sebelum kematian. Pada tahun 2014, abang Annamma, Mathew Manjadiyil, 67, turut meninggal dengan cara yang sama.

Pada tahun 2016, cucu keluarga itu, Alphonsa,2, meninggal dunia akibat serangan jantung dan dalam beberapa bulan ibunya, Sili, 27, juga meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu isteri Roy, Jolly yang juga suspek utama berkahwin dengan Shaju juga suspek, suami Sili dan mendakwa bagi pemilikan harta keluarga.

Polis mengumpulkan rekod terperinci panggilan dan sedang menunggu bukti saintifik dan menggali mayat si mati.

Polis menyoal siasat Jolly dan Shaju sebanyak lapan kali dan mendapati percanggahan dalam kenyataan mereka.

Siasatan polisi juga mendapati Jolly ada di setiap lokasi ketika enam orang itu meninggal dunia. Namun apabila polis meminta Jolly menjalani ujian 'polygraph' dia menolak alasan kesihatan.

Menerusi maklumat panggilan polis mendapati bahawa Jolly dan Shaju berhubung pada waktu 'ganjil'.

Pakar forensik mendapati kehadiran racun sianida apabila mayat-mayat itu dihidu dalam semua kes tersebut namun ia adalah racun yang lambat dikesan.

"Kami mendapati kematian Roy akibat racun sianida manakala isteri mendakwa dia telah meninggal akibat serangan jantung," kata pegawai polis.

Polis Kerala kini menahan dua lagi tertuduh berkaitan dengan kes ini yang didakwa sebagai pembekal racun itu. - Agensi