Hadi enggan ulas lanjut hadiri Kongres Maruah Melayu

Abdul Hadi tiba di Stadium Melawati untuk bersama-sama mengikuti Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini hari ini. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abdul Hadi tiba di Stadium Melawati untuk bersama-sama mengikuti Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini hari ini. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - "Cukup dengan satu kenyataan," demikian jawab Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas mengenai keputusannya menyertai Kongres Maruah Melayu (KMM) di Stadium Malawati di sini hari ini.

Beliau dalam satu kenyataannya sebelum itu mendakwa, pihak yang mengkritik keputusan parti Islam itu untuk menyertai kongres berkenaan sebagai Islamofobia.

Melalui laman Facebook miliknya semalam, Abdul Hadi mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang membidas penyertaan Pas dalam himpunan perpaduan bagi menyatukan orang Melayu.

"Salahkah orang Melayu bersatu bersama Islam bagi menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri?

“Tanya kepada diri mereka yang menentang atau tidak senang dengan usaha ini, sama ada terpalit dengan penyakit Islamofobia.

“Al-Quran adalah panduan kepada penganut Islam yang setia dan memberi petunjuk bahawa setiap Rasul memulakan dakwah Islam dengan menyelamatkan kaum bangsanya dahulu,” tulis Ahli Parlimen Marang itu.

Hari ini, suatu sejarah baharu tercipta apabila hampir keseluruhan pemimpin parti politik Melayu Islam berada dalam satu majlis untuk membincangkan soal kaum itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bagi menyampaikan amanat pada majlis dihadiri pemimpin pelbagai parti politik termasuk Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beberapa bekas pemimpin UMNO juga turut serta antaranya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kerajaan pimpinan Melayu hari ini tak kuat kemelayuannya'

Melayu kini berpecah kepada enam kumpulan: Dr Mahathir