X

Kindly register in order to view this article
!

Wartawan Sin Chew Daily nafi anjur kempen isu penganiayaan haiwan

Chui Han menunjukkan laporan polis yang dibuat semalam.
A
A

SEREMBAN - Wartawan Sin Chew Daily, Wong Chui Han,31, menafikan beliau menganjurkan kempen berkenaan isu penganiayaan haiwan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bulan depan.

Menurutnya, beliau mengetahui perkara itu selepas menerima mesej di aplikasi WhatsApp bertanyakan mengenai kempen berkenaan yang dijadualkan pada 4 November depan.

“Saya tidak pernah merancang untuk mengadakan kempen itu termasuk mengadakan apa-apa kempen mengenai isu itu.

“Saya tidak pasti siapa yang menggunakan nama saya termasuk menamakan agensi saya sebagai penganjur dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan,” katanya yang telah membuat laporan polis semalam.

Ditanya adakah ia timbul disebabkan penglibatan aktifnya memperjuangkan isu penganiayaan terhadap haiwan di Facebook, Chui Han berkata, beliau tidak pasti.

Katanya, apa yang dilakukannya selama ini lebih kepada rasa kemanusiaan terhadap haiwan dan berharap ia dapat membuka mata semua pihak.

“Saya sangat sensitif soal penganiayaan haiwan kerana bagi saya haiwan juga perlukan kehidupan yang baik.

“Tapi apa yang saya kesalkan pihak yang sebarkan maklumat palsu itu juga turut mengaitkan syarikat akhbar tempat saya bekerja,” katanya.

Sehubungan itu, itu beliau menasihatkan orang ramai yang menerima mesej tersebut supaya tidak mempercayai kempen yang kononnya akan diadakan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!