Tular video buih: Polis tidak terima laporan

Paparan video tular sejak malam tadi.
Paparan video tular sejak malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan liar sekumpulan individu yang dikatakan mengganggu pengunjung pantai Teluk Chempedak di sini dengan semburan buih ketika menyambut ambang tahun baharu di lokasi itu, tengah malam tadi.

Kejadian itu tular di media sosial, selepas video berdurasi 54 saat yang memaparkan gelagat liar kumpulan terbabit menyembur buih ke arah kereta dan penunggang motosikal dimuatnaik dan dikongsi netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakan itu yang disifatkan biadap dan menyusahkan orang lain.

Bersasarkan rakaman yang ditularkan itu, sekumpulan lelaki termasuk remaja dilihat 'seronok' menyembur buih ke arah sebuah kereta yang melintasi mereka.

Lebih malang, penunggang motosikal yang berada di belakang kereta tersebut turut menjadi mangsa semburan.

Pada Disember 2013, kejadian serupa pernah berlaku di lokasi sama ketika sambutan Hari Natal.

Dalam kejadian itu, sekumpulan pengunjung bertindak biadab merosakkan beberapa kenderaan termasuk kereta peronda polis dengan menyembur buih sabun dan membaling botol minuman.

Ekoran kejadian, tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: