Nenek teruja terima ucapan hari lahir ke-100 daripada The Rock

Grover tidak dapat menahan ketawa gembira apabila menerima mesej video daripada Johnson pada hari lahirnya, 1 Oktober lalu.
Grover tidak dapat menahan ketawa gembira apabila menerima mesej video daripada Johnson pada hari lahirnya, 1 Oktober lalu.
A
A
A

PHILADELPHIA - Pelakon, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock mengejutkan peminatnya di Pennsylvania apabila menghantar mesej video khas sempena ulang tahun yang ke-100.

Johnson mengetahui mengenai ulang tahun ke-100 Marie Grover menerusi Twitter di mana Jamie Klingler dari Philadelphia menulis tentang percubaannya mendapatkan The Rock untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat neneknya pada 22 September lalu.

Perkara itu kemudian diketahui Johnson apabila melihat tweet itu dan berkata, ia adalah kali pertama mendengarnya dan bertanya kepadanya apa yang dia perlukan.

Klingler berkata, dia mahu video khas Johnson menyanyikan lagu 'Happy Birthday' sebagai kejutan buat Grover.

Grover sangat gembira apabila menerima mesej video Johnson pada hari lahirnya, 1 Oktober lalu.

Menerusi di Twitter, Klingler berkata, dia telah mengenali keluarga itu sejak berusia 11 tahun dan memanggil Grover sebagai nenek. - Agensi

Artikel Berkaitan: