Gempar rumah terbakar

Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres di Bandar Tun Razak di sini.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres di Bandar Tun Razak di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana tenang di sebuah kawasan perumahan di Bandar Tun Razak di sini gempar apabila sebuah rumah teres di kawasan tersebut terbakar awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Zulkifky Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira jam 12.48 pagi tadi.

"Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dengan kekuatan seramai 14 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Selain itu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan LFRT dan dua buah EMRS turut dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres di Bandar Tun Razak di sini.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres di Bandar Tun Razak di sini.

Katanya, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres.

"Sebuah rumah teres dengan keluasan 30 x 30 kaki persegi dianggarkan musnah 100 peratus.

"Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kebakaran kemudiannya berjaya dikawal pada jam 1.00 pagi.

"Unit siasatan kebakaran berada di lokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran," katanya.