23 pelajar Perlis di Timur Tengah terima sumbangan

Syed Faizuddin (tengah) bergambar bersama pelajar selepas selesai sesi sumbangan.
Syed Faizuddin (tengah) bergambar bersama pelajar selepas selesai sesi sumbangan.
A
A
A

KANGAR - Golongan pelajar dinasihatkan mengikuti jadual pembelajaran yang ditetapkan supaya dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketika berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada pelajar Perlis di Timur Tengah (Mesir) pada Program Perbincangan Buku Fatwa-Fatwa Negeri Perlis Tahun 2019 petang semalam.

Seramai 23 pelajar daripada Rumah Perlis di Kaherah yang pulang ke tanah air untuk bercuti musim panas selama beberapa bulan menerima RM600 daripada MAIPs.

Baginda turut bertitah supaya pelajar memberikan ganjaran kepada diri sendiri selepas penat menelaah pelajaran.

"Lakukan sesuatu seperti membaca surat khabar, melawat rakan-rakan atau perkara yang boleh menghiburkan hati buat seketika waktu," titah baginda.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis yang diadakan di Masjid Al Ilmi, Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Artikel Berkaitan: