Penari saman Disney RM400,000

Jodie Standish mendakwa kerjayanya musnah selepas mengalami kemalangan di set produksi The Lion King.
Jodie Standish mendakwa kerjayanya musnah selepas mengalami kemalangan di set produksi The Lion King.
A
A
A

LONDON - Seorang penari wanita menyaman syarikat penerbitan gergasi Disney sebanyak 80,000 pound (RM413,000) selepas mendakwa kerjayanya musnah setelah dia mengalami kemalangan ketika bekerja dengan produksi West End untuk filem The Lion King.

Bekas juruteknik belakang tabir, Jodie Standish, 28, dari Bexley mengalami kecederaan di bahagian bahu ketika sedang memindahkan set pemandangan pada tahun 2015.

Susulan itu, Standish yang juga penari teater muzikal berkata, kecederaan tersebut sekali gus melenyapkan peluangnya untuk tampil membuat persembahan di pentas Dubai.

Dalam writ saman yang dikeluarkan Mahkamah Daerah London Tengah, jurulatih Standish, Richard Moat memberitahu, kemalangan berlaku ketika wanita itu sedang membuat persembahan pada 27 Ogos empat tahun lalu.

"Ketika sedang menolak platform pemandangan keluar dari pentas, dia terlanggar lampu mudah alih hingga menyebabkan platform terjatuh ke belakang dan terkena pada bahu kanannya.

"Lampu tersebut tidak sepatutnya berada di laluan platform dan kejadian itu bukan kali pertama berlaku," jelas Moat.

Tidak hanya berdiam diri, Disney membuat keputusan menentang kes itu meskipun bertanggungjawab untuk kemalangan yang dialami Standish.

Difahamkan perbicaraan kes masih berlangsung dan Standish kini lebih selesa bekerja sebagai jurulatih peribadi. - Agensi

Artikel Berkaitan: