RM19,214, 000 agihan bantuan untuk 665 sekolah di Selangor

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak RM19,214,000 diperuntukkan untuk agihan bantuan kepada 665 sekolah di negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sejak 2017 jumlah keseluruhan bantuan telah ditingkatkan daripada RM16 juta kepada RM22 juta.

"Untuk majlis hari ini kita akan mengagihkan bantuan ini kepada 435 sekolah agama rakyat yang terdiri daripada Sekolah Pondok, Madrasah, Ma’had Tahfiz, kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) dan Sekolah Rendah dan Menengah Islam persendirian dengan jumlah agihan sebanyak RM7.7 juta.

"Bantuan juga telah diperluaskan kepada sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan RM2 juta pada tahun 2018 dan menjadikannya sebanyak RM24 juta setahun," katanya.

Katanya, sektor pendidikan dan isu yang berkaitan banyak diperkatakan di media.

"Sama ada isu yang melibatkan guru, infrastruktur sekolah, kandungan pengajaran dan untuk membantu menyelesaikan infrastruktur sekolah di Negeri Selangor dengan hasrat pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang selesa dan kondusif.

"Program Bantuan Sekolah antara bukti program Inisiatif Peduli Rakyat di Selangor. Bantuan juga diagihkan berdasarkan keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan tahap infrastruktur terkini sekolah berdasarkan borang permohonan yang perlu dilengkapkan pihak sekolah.

"Kerajaan Negeri komited untuk terus melengkapkan sebarang usaha ke arah Selangor menjadi Negeri Ulung Pintar Serantau menjelang 2025," katanya.

Artikel Berkaitan: