'Kes Nora Anne selesai di sini'

Mohamad menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Kolej, Kamarul Hisam Mustafa selepas merasmikan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Negeri Sembilan.
Mohamad menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Kolej, Kamarul Hisam Mustafa selepas merasmikan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Negeri Sembilan.
A
A
A

NILAI - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan siasatan berhubung kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang ketika bercuti di sebuah resort di Seremban sudah selesai di negara ini.

Menurutnya, sebarang tindakan susulan dibuat oleh keluarga remaja itu tidak ada kaitan dengan polis negara ini.

"Kita tidak ada membuat sebarang permohonan forensik luar negara, bahagian kita sudah selesai tidak ada apa lagi. Proses bedah siasat di sana atau tidak kita tidak tahu.

"Mayat remaja itu pun telah selamat disemadikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kematian remaja berkenaan.

Terdahulu, Mohamad merasmikan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Negeri Sembilan di Nilai hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Che Zakaria Othman.

Nora Anne dilapor hilang pada 4 Ogos lalu sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada hari ke-10 mayat gadis itu ditemukan di kawasan lurah 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Artikel Berkaitan:

Manakala bedah siasat ke atas gadis itu menunjukkan bahawa dia meninggal dunia akibat kebocoran usus mungkin kerana ketiadaan makanan dalam tempoh panjang dan stres berpanjangan.

Mayat gadis itu telah disemadikan pada September lalu di tempat kelahiran ibunya di Belfast.