Salah pemain ketiga Afrika jaring gol terbanyak Liga Juara-Juara

Didier Droga, Samuel Eto'o, Mohamed Salah
Didier Droga, Samuel Eto'o, Mohamed Salah
A
A
A

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah kini menjadi pemain ketiga Afrika yang berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam Liga Juara-Juara sejak menyertai kelab itu pada tahun 2017.

Penyerang Mesir itu telah menjaringkan sebanyak 20 gol di mana tempat kedua milik bekas penyerang Barcelona, Inter Milan dan Chelsea, Samuel Eto'o yang berjaya menjaringkan 30 gol sehingga hari persaraannya pada September lalu dan tempat pertama, Didier Droga yang merupakan lagenda Chelsea sebanyak 44 gol.

Salah juga merupakan antara tiga pemain terbaik yang telah menjaringkan lebih daripada 15 gol untuk Liverpool bagi Liga Juara-Juara dan menduduki tempat kedua dengan 17 gol di bawah bekas kapten lagenda Liverpool, Steven Gerrard, sebanyak 21 gol.

Dalam pada itu, bintang Liverpool yang kini sedang popular dalam kalangan peminat pasukan kelab itu juga merupakan salah seorang pemain terbaik yang telah menjaringkan gol terbanyak dalam liga Eropah.

Artikel Berkaitan: