Tujuh peserta program berjalan kaki cedera

Noorzainy
Noorzainy
A
A
A

KEPALA BATAS - Tujuh peserta program berjalan kaki untuk keamanan yang diadakan di Sungai Dua di sini cedera selepas terkena serpihan motosikal yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, kesemua peserta berusia lingkungan 7 hingga 12 tahun sedang berjalan di kawasan Taman Sungai Dua Utama sebelum dua buah motosikal berlanggar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati salah sebuah motosikal hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi motosikal dan menyebabkan serpihan motosikal berkenaan terkena peserta acara berkenaan.

"Kesemua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Klinik Kesihatan Sungai Dua dan Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan masih lagi diteruskan dan akan disiasat di bawah Rule 10 LN166/59," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Dalam pada itu, Noorzainy turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: