DVS siap siaga cegah virus ASF

Aktiviti sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan oleh penguat kuasa Veterinar.
Aktiviti sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan oleh penguat kuasa Veterinar.
A
A
A

KUALA LANGAT - [VIDEO] Sebagai langkah pencegahan bagi membasmi penularan virus African Swine Fever (ASF) di negara ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengambil inisiatif melaksanakan simulasi lapangan bersama jabatan dan agensi berkaitan.

Simulasi lapangan merupakan satu latihan menggunakan senario dijana secara progresif dengan modul senario yang direka bagi menguji potensi tahap kesiapsiagaan dalam membasmi penularan virus itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, simulasi itu dilaksanakan dengan mencetuskan tindakan kecemasan secara tidak formal dalam suasana aman atau sebelum kejadian sebenar.

Tze Tzhin (enam dari kiri) mendengar penerangan ketika sesi latihan simulasi semalam.
Tze Tzhin (enam dari kiri) mendengar penerangan ketika sesi latihan simulasi semalam.

“Sebelum ini, DVS juga menganjurkan simulasi table-top wabak ASF pada 22 Februari lalu melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), DVS Negeri, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Perhilitan bagi menguji kesiapsiagaan setiap agensi terlibat apabila wabak ASF dikesan di negara ini.

“Di samping itu, simulasi ini juga dilaksanakan untuk menguji pelan kontingensi wabak ASF yang dibangunkan,” katanya pada sidang akhbar Latihan Simulasi Lapangan ASF DVS di Pejabat DVS Daerah Kuala Langat di sini Khamis lalu.

Tze Tzin berkata, semasa pelaksanaan latihan simulasi ini, pihaknya memberikan penekanan terhadap lapan skop aktiviti kesiapsiagaan dalam pengurusan krisis virus itu.

Artikel Berkaitan:

Salah satu aktiviti simulasi yang dijalankan ialah program disinfectant di ladang.
Salah satu aktiviti simulasi yang dijalankan ialah program disinfectant di ladang.

Beliau berkata, antara skop yang terlibat dalam simulasi itu ialah penyiasatan awal, pengaktifan pasukan Rapid Action Team (RAT), penyiasatan dan kempen kesedaran, pemusnahan dan pelupusan, pembersihan disinfeksi dan disinsection, penguatkuasaan serta perkhidmatan makmal.

“Antara objektif utama simulasi lapangan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pihak berkuasa veterinar, pemain industri dan orang awam tentang bahaya penyakit ASF.

“Ia juga dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran dan keberkesanan pengesanan awal, kesiapsiagaan serta pelan tindakan jabatan atau agensi berkaitan dalam menangani wabak penyakit ASF,” katanya.

Tze Tzin berkata, pihaknya melakukan pemantauan klinikal di 499 ladang babi di 11 negeri di Malaysia dan tiada sebarang tanda-tanda wabak ASF.

Tze Tzin (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam ketika sidang akhbar selepas latihan simulasi semalam.
Tze Tzin (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam ketika sidang akhbar selepas latihan simulasi semalam.

Beliau berkata, pemantauan dan pemeriksaan ke atas kemasukan produk daging babi dari negara-negara berisiko ASF turut dijalankan oleh Maqis di pintu masuk utama negara bermula 12 November tahun lalu.

“Sehingga kini, 194 sampel daging dan produk daging babi dari negara berisiko ASF disampel dan diuji. Tiada virus dikesan hasil ujian tersebut.

“Ini menunjukkan bahawa Malaysia masih bebas daripada ASF dan saya yakin ia tidak akan masuk ke negara ini,” katanya.

Bagi memastikan ASF tidak memberi ancaman terhadap rakyat di negara ini, Tze Tzin berkata, penternak dan pemain industri juga perlu memainkan peranan proaktif dengan melaporkan segera sebarang kematian babi luar biasa kepada DVS untuk tindakan segera supaya wabak itu dapat di kesan lebih awal.

Tze Tzin (kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Seksyen Kawalan Penyakit DVS Selangor, Dr Norhamizah Abdul Hamid (kanan).
Tze Tzin (kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Seksyen Kawalan Penyakit DVS Selangor, Dr Norhamizah Abdul Hamid (kanan).

Beliau berkata, aspek bio sekuriti ladang juga perlu dipertingkatkan dengan memastikan tiada sebarang aktiviti lawatan ke ladang babi di negara-negara yang berisiko dengan virus ASF ini.

“Adalah menjadi kewajipan mana-mana pemilik ternakan babi di bawah Seksyen 31, Akta Binatang 1953 (Akta 647), untuk melaporkan segera ternakan mereka yang disyaki berpenyakit atau mati kepada Pihak Berkuasa Veterinar serta tidak memindahkannya tanpa kebenaran. Kegagalan melaporkannya boleh didenda tidak melebihi RM25,000,” katanya.

Buat masa ini, Tze Tzin memaklumkan, terdapat sebanyak 607 ladang babi beroperasi di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, industri babi di negara ini bernilai RM3.6 bilion dan pengeluarannya menjangkau sebanyak 213,000 tan metrik.

Latihan simulasi yang dijalankan oleh DVS sebagai langkah pencegahan bagi mengawal penularan virus ASF jika berlaku di negara ini.
Latihan simulasi yang dijalankan oleh DVS sebagai langkah pencegahan bagi mengawal penularan virus ASF jika berlaku di negara ini.