Kedah peruntuk RM10 juta tambahan untuk jalan raya selamat

Zamri (kanan) memakaikan topi keledar kepada pengguna jalan raya.
Zamri (kanan) memakaikan topi keledar kepada pengguna jalan raya.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah memperuntukkan tambahan RM10 juta sebagai penambahbaikan ciri jalan selamat pada akhir tahun ini.

Sehubungan itu Exco Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air, dan Tenaga, Datuk Zamri Yusuf berkata, sebanyak 132 tawaran projek kecil akan dikeluarkan melalui kerja undi tambahan yang akan diagihkan di seluruh Kedah.

Menurutnya, tawaran akan dibuka kepada kontraktor bersaiz kecil bermula esok hingga 13 Oktober ini.

"Antara aktiviti penambahbaikan ciri jalan selamat yang akan dilaksanakan ialah senggaraan lampu jalan dan lampu isyarat, memasang papan tanda, memangkas pokok di bahu jalan dan memasang ‘guardrail ‘(penghadang jalan)," katanya.

Zamri berkata, kerja-kerja lain termasuk menyelenggara sistem perparitan dan bahu jalan, pemasangan ‘road stud’ (paku jalan) dan tiang penerang jalan serta mengecat garisan jalan dan penunjuk arah.

"Diharap pengguna akan mendapat lebih manfaat daripada inisiatif jalan selamat. Ini matlamat jalan raya selamat untuk kita bangunkan bersama," katanya selepas melancarkan Kempen Jalan Selamat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah.

Zamri berkata, usaha berkenaan merangkumi lebuhraya, jalan persekutuan, jalan negeri, jalan perbandaran, jalan ladang serta jalan kampung.

Menurutnya, kerajaan negeri dan agensi berkaitan kerja raya seperti Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Kedah sentiasa memantau keadaan jalan raya

Artikel Berkaitan:

Zamri berkata, ia bertepatan dengan statistik kadar kemalangan jalan raya yang mencecah 80 peratus.

"Faktor lain sebanyak 13 peratus manakala faktor kenderaan tujuh peratus," katanya.

Menurutnya, kerajaan komited mengurangkan kemalangan yang berpunca daripada faktor kejuruteraan jalan supaya kadar kemalangan dan kerugian dapat diminimumkan.