577 notis saman dikeluarkan dalam operasi JPJ

Penguatkuasa JPJ sedang memeriksa dokumen pengguna jalan raya dalam operasi itu, malam tadi.
Penguatkuasa JPJ sedang memeriksa dokumen pengguna jalan raya dalam operasi itu, malam tadi.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 577 notis saman dalam Operasi Bersepadu JPJ WPKL Siri Ke-3 di Plaza Tol Awan Besar Timur,

Lebuhraya Shah Alam (KESAS), di sini malam tadi.

Operasi empat jam yang bermula jam 8 malam itu membabitkan 178 anggota dan pegawai daripada enam agensi iaitu JPJ Wilayah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom).

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, sebanyak 2,280 kenderaan diperiksa dan sama dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, ubah suai nombor pendaftaran serta kesalahan lain.

“Selain itu, 25 motosikal disita kerana cukai jalan tamat tempoh," katanya.

Ismail berkata, sebanyak 69,461 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya sejak Januari hingga September lalu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Imigresen menahan tujuh warga asing membabitkan lima lelaki dan dua wanita terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan Kemboja atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan serta tinggal lebih masa.

“AADK pula menahan seorang lelaki berusia 24 tahun kerana positif methamphetamine.

“JAS turut mengesan empat kesalahan selepas memeriksa 25 kenderaan perdagangan manakala polis trafik mengeluarkan 70 notis selepas memeriksa 195 kenderaan,” katanya.
Artikel Berkaitan: