X

Kindly register in order to view this article
!

Anak Khairy Jamaluddin luah suara hati tentang perubahan bumi

PARA peserta yang hadir menyokong Forum Awam 2019 sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu kota baru-baru ini.
A
A

PEMANASAN global dan perubahan iklim wajar diberi perhatian serius. Jika tidak ditangani dengan baik bimbang ia menjejaskan ekosistem bumi, sekali gus menyebabkan negara berdepan pelbagai bencana alam.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyakat berhubung isu itu, Persatuan Wanita bagi Rantau Pasific dan Asia Tenggara (PPSEAWA) Malaysia menganjurkan Forum Awam 2019 sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Forum bertemakan Climate Change For Peace itu bertujuan menyeru masyarakat daripada pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama mengatasi masalah pemanasan global dan perubahan iklim demi masa depan negara.

Menurut Presiden PPSEAWA Malaysia, Datuk Rahmah Abdul Hamid, bagi memastikan tanggungjawab sosial berkenaan mencapai matlamatnya dari semasa ke semasa pihak persatuan akan menganjurkan acara bulanan.

"Menerusi program ini, kami akan menunjukkan demostrasi terbaik supaya kediaman, kawasan kejiranan dan komuniti kita bebas daripada pencemaran seperti puntung rokok, bungkusan plastik dan penyedut minuman.

"Justeru, kami (PPSEAWA Malaysia) amat mengalu-alukan orang awam khususnya golongan dewasa untuk menyertai program ini bagi membantu mengurangkan pencemaran melalui konsep 3R (pengurangan, guna semula dan kitar semula)," katanya pada Forum Awam 2019 sempena Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Menariknya, pada forum tersebut, Jibriel Khairy,12, turut meluahkan isi hatinya berhubung tajuk Perubahan Iklim: Bagaimana Orang Ramai Mampu Menyelamatkan Bumi?

Jibriel atau mesra disapa Cougar berkata, pada peringkat awal, orang ramai boleh melakukan rutin dengan membawa beg kitar semula untuk mengutip puntung rokok dan bungkusan plastik yang dibuang merata-rata oleh individu tertentu.

"Selain itu, masyarakat boleh membantu membersihkan pantai yang dicemari kepingan logam seperti tin dan plastik makanan termasuk mengutip bahan yang boleh dikitar semula dan hasilkan barang perhiasan yang menarik," luah anak kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.