Flora fauna bakal warnai Shah Alam

Shahrin
Shahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Pelbagai jenis flora dan fauna bakal mewarnai Bandaraya Shah Alam sempena Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2019 di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam.

Program empat hari itu dijadualkan bermula pada 17 Oktober depan daripada jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad berkata, pasar bunga itu melibatkan 46 gerai yang menjual pelbagai jenis produk pertanian dan nurseri.

"Orang ramai juga boleh menyertai bengkel, pameran bunga, pertandingan mewarna, demonstrasi gubahan bunga dan kraftangan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Pasar Bunga dan Pameran Anggerik Shah Alam 2019 ini merupakan komitmen berterusan MBSA untuk mendidik komuniti untuk menghargai suasana hijau dan keindahan landskap.

Artikel Berkaitan: