X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi baru pandai berjalan tertusuk 'chopstick' dalam mulut

A
A

CHINA - Seorang bayi berusia setahun menderita kesakitan apabila penyepit makanan (chopstick) yang digunakan tertusuk ke dalam mulutnya sehingga menghampiri ke bahagian otak.

Menurut laporan media tempatan, bayi tersebut yang baru belajar berjalan terjatuh ketika dia sedang menikmati makanannya sambil berjalan.

"Ketika kejadian, dia sedang mengambil sarapan dan terlalu aktif untuk bergerak kerana dia baru pandai berjalan.

"Malangnya dia terjatuh lalu penyepit makanan yang ada pada mulutnya itu tertusuk masuk ke dalam mulutnya," lapor Oriental Daily memetik sumber sebagai berkata.

Keluarga bayi tersebut segera membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan dan doktor terlebih dahulu membuat imbasan sebelum mengeluarkan penyepit makanan itu.

Menurut doktor, penyepit sepanjang 2 sentimeter telah menusuk ke urat jugular dan akan menjadi lebih parah sekiranya terdapat beras ketika penyepit itu tertusuk di mulutnya.

"Namun penyepit tersebut tidak terkena otak kanak-kanak terbabit dan pembedahan mengeluarkan penyepit makanan tersebut berjaya dilakukan," katanya.

Mangsa kini masih menerima pantauan daripada pihak hospital.
Mangsa kini masih menerima pantauan daripada pihak hospital.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus