Cubaan seludup burung murai gagal

Antara rampasan raga dan burung murai yang cuba diseludup keluar ke Indonesia.
Antara rampasan raga dan burung murai yang cuba diseludup keluar ke Indonesia.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan penyeludupan burung murai batu dan murai kampung menerusi Op Landai di pesisir pantai Teluk Ramunia, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, kegiatan itu dikesan sepasukan anggota PPM Wilayah 2 Tampoi kira-kira jam 10.30 malam selepas melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Tiga lelaki terbabit dilihat sedang mengangkat raga yang dipercayai berisi burung ke tepi pantai.

Antara rampasan raga dan burung murai yang cuba diseludup keluar ke Indonesia.
Antara rampasan raga dan burung murai yang cuba diseludup keluar ke Indonesia.

"Menyedari kehadiran pasukan operasi, lelaki terbabit terus melarikan diri ke kawasan hutan pantai dan meninggalkan kesemua raga tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat 59 raga yang mana 55 daripadanya berisi burung murai kampung, manakala empat lagi raga berisi burung murai batu.

Katanya, pihaknya percaya burung itu cuba diseludup keluar ke Indonesia.

"Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.

Artikel Berkaitan: