'Artis Korea kupas buah durian seperti cempedak'

Aksi lucu artis Korea makan buah durian.
A
A

DURIAN atau nama saintifiknya 'Durio', buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak.

Raja buah ini juga dikatakan sedap dan berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur sehingga empat hari kerana itu menandakan buahnya sudah masak dan tidak perlu dijolok.

Jika disentuh soal bau, buah durian memiliki bau yang terlalu kuat sehingga mereka yang tidak menggemari menyamakan buah ini dengan bau keju basi.

Berbeza pula dengan penggemar buah durian yang pasti menyukai isi durian kerana durian memiliki rasa yang cukup unik.

Bila bercerita soal durian, penggemar durian pasti akan membela buah kesayangannya dan berasa kecewa, marah tatkala ada mengutuk atau merendahkan buat raja ini.

Tular di laman Twitter sedutan episod rancangan 'Law Of The Jungle' memaparkan pengembaraan 11 artis Korea Selatan memasuki hutan di Myeik, Myanmar,

Dalam episod itu, selebriti berpeluang melihat lebih dekat pokok durian dan buah tersebut.

Mungkin tidak pernah bertemu buah durian, pelbagai aksi lucu dipaparkan mereka.

Tiga rakaman video yang tular itu memaparkan cara mereka mengupas selain menghidu bau sebenar buah durian.

Selebriti Kim Byung Man dilihat memotong durian seperti buah cempedak hingga membuatkan netizen geleng kepala.

Kata adbtqw17, "Dia potong macam potong cempedak"

Bukan itu sahaja, beberapa selebriti melakukan aksi-aksi mencuit hati dengan memanjat pokok durian untuk menghidu bau aroma buah durian.

Nuruliffahh berkata, "Mereka makan kulit, bukan isi, frust aku... tidak pernah dibuat orang panjat pokok durian," ciapnya.

Adegan-adegan ini telah dikongsikan beberapa pengguna Twitter yang juga merupakan peminat rancangan tersebut.

Kata crafynn, selebriti itu turut menyamakan rasa buah durian seperti nanas.

Bagaimanapun ada segelintir netizen memihak kepada selebriti Korea Selatan itu.

"Nama pun pelancong, kalau kita cuba buah dari negara mana-mana pun sama juga reaksi seperti mereka," kata liyanajmldn.

Dalam pada itu rancangan konsep realiti dokumentari dibarisi artis terkenal antaranya, Kim Byung Man, Noh Woo Jin, Hong Soo Ah, Park Jung Chul, dan Song Yu Qi.