X

Kindly register in order to view this article
!

Pendidikan fokus utama Bajet Selangor 2020

Amirudin beramah mesra bersama warga pendidik pada Majlis Apresiasi Menteri Besar Selangor bersama Majlis Guru Besar Selangor bertempat di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan menumpukan kepada kluster pendidikan sebagai intipati utama Belanjawan Negeri Selangor 2020.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, kerangka pendidikan merupakan akar penting yang akan ditekankan pada belanjawan tersebut.

"Perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang berteraskan hubungan internet semakin menjadi perhatian dunia menerusi penggunaan aplikasi seharian. Guru besar perlu mengambil maklum perkembangan RI 4.0 untuk memenuhi ruang pekerjaan bagi menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar 2025," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Menteri Besar Selangor bersama Majlis Guru Besar Selangor bertempat di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini semalam.

Katanya, kemajuan yang dikecapi tidak membawa faedah jika gagal dikembangkan kepada pelajar mereka.

"Kerajaan Negeri berhasrat mengembangkan program Tuisyen Rakyat kepada pelajar sekolah kebangsaan supaya pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh keputusan cemerlang sama seperti pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Beberapa program pendidikan yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Tuisyen Rakyat dan Selangor Brain Bank akan dikembangkan dengan perbincangan bersama Majlis Guru Besar (MGB) Selangor," katanya.

Terdahulu, Majlis Apresiasi Menteri Besar Selangor bersama Majlis Guru Besar Selangor diadakan untuk menghargai guru besar yang disifatkan sebagai hero tidak didendang dalam bidang pendidikan di samping kesetiaan sepanjang berkhidmat mendidik pelajar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!