Warga emas maut bakar diri

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Kampung Melayu Seri Gombak, Gombak hari ini.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Kampung Melayu Seri Gombak, Gombak hari ini.
A
A
A

GOMBAK - Seorang warga emas maut selepas dipercayai bertindak membakar diri sendiri dalam kejadian di Kampung Melayu Sri Gombak di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian daripada anak mangsa kira-kira jam 9.10 pagi.

Menurutnya, kejadian disedari anak mangsa yang melihat ayahnya dalam keadaan terbaring di bawah garaj kereta dengan seluruh badannya terbakar.

"Anak mangsa cuba memadamkan api dengan menyiram air sehingga api terpadam sebelum terus menghubungi ambulans.

"Mangsa berusia 74 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal dan berdasarkan maklumat daripada anak mangsa memberitahu bapanya mempunyai sakit mental dan masih berada dalam rawatan di Hospital Selayang.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: