Polis cari 3 saksi perbicaraan kes samun

Polis sedang mencari (dari kiri) Wan Mohd Farid, Juraeme dan Asnawi sebagai saksi perbicaraan membabitkan kes samun dalam rumah untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin depan.
A
A

SHAH ALAM - Polis Shah Alam sedang mengesan tiga lelaki iaitu perbicaraan membabitkan kes samun dalam rumah untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin depan.

Tiga individu itu adalah Wan Mohd Farid Wan Aria, 46, beralamat di Lot 6861 No 31 Kampung Paya Jaras Hilir, 47000 Sungai Buloh Selangor.

Dua lagi saksi ialah Juraeme Juhri, 30 yang beralamat di No.34 Kampung Gate Keretapi Segambut dan Asnawi Nanwi yang menggunakan alamat 48, No.40 Kampung Gate Keretapi Segambut, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai ketiga-tiga individu terbabit yang akan menjadi saksi perbicaraan kes samun dalam rumah yang berlaku pada Disember 2017.

"Perbicaraan akan berlangsung selama tiga hari bermula Isnin depan. Kita berharap ketiga-tiga individu ini akan tampil segera bagi membantu perbicaraan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mengenali mereka diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Elaine di talian 016-2398565.