Jutawan tinggalkan pengantin perempuan hutang RM481,000

Ahli keluarga bergambar bersama pengantin ketika hari perkahwinan mereka Mei lalu. - Foto Agensi
Ahli keluarga bergambar bersama pengantin ketika hari perkahwinan mereka Mei lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang pengantin perempuan terpaksa menanggung hutang lebih RM481,000 selepas pasangan 'jutawannya' melarikan diri pada hari perkahwinan mereka.

Menurut ibu pengantin perempuan, Noi, majlis perkahwinan anaknya, Da dengan Nut diadakan di sebuah hotel mewah di daerah Muang pada 10 Mei lalu.

Pada hari kejadian, Nut meninggalkan cek bernilai RM220,000 sebagai mas kahwin namun selepas majlis perkahwinan selesai cek itu hilang menyebabkan keluarga pengantin perempuan buntu.

Jutawan itu yang kononnya mengendalikan penerbangan sewa khas antara Thailand dan Hong Kong turut meninggalkan Da tanpa membayar sebarang bil untuk majlis mereka.

Kakitangan hotel dikatakan menghubungi Nut beberapa kali untuk menuntut bayaran bagi makanan dan tempat perkahwinan namun telefon bimbitnya dimatikan.

Sehingga kini Nut tidak dapat dikesan. - Agensi

Artikel Berkaitan: