Suspek samun doktor gigi direman tujuh hari

Seorang doktor gigi dilapor cedera di leher selepas disamun penjenayah yang menyamar sebagai pesakit di sebuah klinik gigi di Seksyen 14, Sea Park.
Seorang doktor gigi dilapor cedera di leher selepas disamun penjenayah yang menyamar sebagai pesakit di sebuah klinik gigi di Seksyen 14, Sea Park.
A
A
A

PETALING JAYA - Suspek yang menyerang dan menyamun seorang doktor gigi di sebuah klinik gigi di Seksyen 14, Sea Park direman tujuh hari sehingga Khamis depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek diberkas di sebuah rumah di Desa Mentari di sini petang semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes curi kereta dan penyalahgunaan dadah.

“Suspek berusia 27 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang dan dia mengaku terlibat dengan kes samun doktor gigi terbabit.

“Ketika ditahan polis turut merampas sehelai seluar jeans dan baju T. Suspek direman bermula hari ini hingga 10 Oktober depan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Pada 25 September lalu, seorang doktor gigi cedera di leher selepas disamun seorang penjenayah yang dipercayai menyamar sebagai pesakit.

Jururawat di klinik itu memaklumkan suspek datang untuk membuat rawatan akar gigi pada jam 9.30 pagi dan rawatan selesai kira-kira jam 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Selepas selesai rawatan, suspek dikatakan datang dari arah belakang mangsa yang berusia 57 tahun itu dan mencederakannya dengan senjata tajam.

Mangsa kemudian dirawat di sebuah hospital akibat luka di leher serta ditempatkan di wad.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor gigi cedera disamun 'pesakit'