Golf amal kumpul dana Tabung Kebajikan PIKM

Ramli (kanan) menerima replika cek untuk tabung kebajikan PIKM daripada pengerusi kejohanan Datuk Mohd Yunus Long.
Ramli (kanan) menerima replika cek untuk tabung kebajikan PIKM daripada pengerusi kejohanan Datuk Mohd Yunus Long.
A
A
A

KEJOHANAN Golf Tahunan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) berlangsung meriah menghimpunkan pengusaha industri keselamatan dari seluruh negara.

Presiden PIKM, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, kejohanan tersebut bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan pengusaha industri keselamatan selain mencari dana untuk disumbangkan kepada Tabung Kebajikan PIKM.

“Kita ingin merapatkan silaturahim di antara ahli PIKM dan dalam masa sama mencari jalan untuk kumpulkan dana membantu ahli dan pengawal keselamatan di luar sana yang menghadapi kesusahan.

“Ketika ini, wujud sempadan antara pengusaha dan pengawal keselamatan sedangkan kedua-dua mereka amat memerlukan demi membangunkan industri ini,” katanya ketika ditemui media selepas kejohanan itu, semalam.

Menurutnya, dana tabung kebajikan tersebut akan disalurkan kepada ahli serta pengawal keselamatan yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan.

“Saya beriltizam untuk meneruskan pendekatan secara holistik untuk merapatkan jurang ini. Sebab itu, saya mewujudkan satu teras, Biro Kebajikan untuk meneruskan inisiatif murni ini,” katanya.

Ramli berkata, kejohanan yang masuk edisi kedua tahun ini dan dianjurkan oleh Biro Sukan PIKM di Kelab Golf Sungai Long, Kajang itu berjaya mengumpulkan dana RM3,000 untuk disalurkan kepada tabung tersebut.

Artikel Berkaitan:

Peserta pertandingan bergambar sebelum kejohanan bermula.
Peserta pertandingan bergambar sebelum kejohanan bermula.

“Kami menerima tajaan daripada entiti korporat dan ahli-ahli PIKM selain turut menyaksikan Proton X70 menjadi hadiah utama untuk hole-in-one.

“Penaja utama kejohanan kali ini, Planworth Global Factoring Sdn Bhd turut mempunyai aspirasi sama dan melihat aspek kebajikan yang cuba ditekankan PIKM sebagai langkah yang baik,” katanya.

Katanya, seramai 125 peserta mengambil bahagian terdiri daripada 31 syarikat industri keselamatan dan orang persendirian dalam kejohanan itu.