Tawaran hebat Bank Rakyat sempena ulang tahun ke-65!

No Image Caption
A
A
A

Tahniah Bank Rakyat kerana baharu sahaja menyambut ulang tahun ke 65 pada 28 September baru-baru ini.

Memperkenalkan Kempen BR Week sebagai tanda penghargaan buat pelanggan yang setia bersama Bank Rakyat sejak ditubuhkan.

Tawaran menarik adalah:

1. Pembiayaan Peribadi-i

Pelanggan berpeluang memohon Pembiayaan Peribadi-i pada kadar pembiayaan serendah 3.05% setahun serta tawaran baucar diskaun Takaful Kenderaan bagi permohonan yang diluluskan.

2. Pembiayaan Kenderaan-i

Peluang kepada pelanggan Pembiayaan Kenderaan-i yang ingin memiliki kenderaan pada kadar pembiayaan serendah 2.55% setahun beserta peluang menangi baucar diskaun Takaful Kenderaan bagi permohonan yang diluluskan.

3. Kad Kredit-i

Bank Rakyat baharu sahaja melancarkan Kad Kredit-i Platinum Explorer Bank Rakyat yang menawarkan pulangan tunai sebanyak 5% untuk transaksi tempahan hotel dan tiket kapal terbang.

4. Akaun Simpanan-i Berjangka (Kempen 7 & 11 bulan bagi Individu)

Bagi pelanggan Akaun Simpanan-i Berjangka (Kempen 7 & 11 bulan bagi Individu) yang terpilih akan menikmati kadar keuntungan iaitu 4.28% setahun (11 bulan) dan 3.98% setahun (7 bulan).

5. Pajak Gadai-i Ar-Rahnu (Kempen Emas 2 kilogram)

Hadiah istimewa berupa emas 2 kilogram.

6. Kempen #JomDuitnow via iRakyat

Artikel Berkaitan:

Kempen #JomDuitnow via iRakyat menawarkan rebat tunai bernilai RM50 kepada 65 pemenang terawal yang melakukan transaksi terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh kempen #JomDuitNow ini.

7. Takaful Amani Plus

Pelanggan juga ditawarkan pelan Takaful Amani Plus yang merupakan pelan Takaful komprehensif di pasaran dengan sumbangan serendah RM0.25 sen sehari.

Kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau hubungi 1-300-80-5454 atau layari www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut. Tertakluk terma dan syarat.

Kempen tamat 4 Oktober 2019.

Bank Rakyat, bank pilihan anda.

No Image Caption