GST: Kerajaan PH perlu mohon maaf kepada rakyat

A
A

1-GST: Kerajaan PH perlu mohon maaf kepada rakyat

Pembangkang menuntut kerajaan Pakatan Harapan memohon maaf kepada Barisan Nasional dan seluruh rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.

Ketuanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesediaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula GST jika ia kehendak rakyat jelas memperlihatkan tohmahan dilemparkan sebelum ini fitnah semata-mata.

2-Anwar nafi hubungan dengan Dr Mahathir terjejas

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terjejas berikutan tiada tarikh tertentu atau muktamad untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bagaimanapun menganggap tiada tarikh tertentu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah satu masalah

3-Calon 18 tahun: Mufti Pulau Pinang beri peringatan

Pemilihan calon pemimpin berusia 18 tahun adalah tindakan kurang bijak dan perlu dikaji semula.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, walaupun dikatakan cerdik dan muda namun seseorang pemimpin itu perlu mempunyai pengalaman hidup.

Menurutnya, Islam mementingkan elemen senioriti supaya pengalaman golongan 'Assabuqun al-Awwalun' ini dapat dimanfaatkan di samping tidak menyinggung perasaan mereka.

4-Kekal jadi menteri, Waytha Moorthy ucap terima kasih kepada PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Kabinet susulan keputusan inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim baru-baru ini.

Menyatakan Perdana Menteri lebih mengetahui berhubung keputusan itu, Waytha Moorthy berkata lantikannya adalah mengikut budi bicara Perdana Menteri

5-Cheng Hoe cabar pemain bukti kemampuan

Perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, merupakan peluang terbaik bagi pemain yang jarang diturunkan dalam pasukan kebangsaan, untuk membuktikan keupayaan mereka.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka memberi ujian kepada pemain yang kurang beraksi atau belum pernah diturunkan dalam skuad itu, berikutan kecederaan beberapa tonggak utama, pada perlawanan menentang pasukan yang menduduki ranking ke-202 dunia itu