Posmen maut kereta bertembung

Keadaan dua kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah berhampiran Masjid Kangkong.
Keadaan dua kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah berhampiran Masjid Kangkong.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang posmen maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah berhampiran Masjid Kangkong, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, Roslan Arifin, 51, yang memandu kereta jenis Proton Waja maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu kereta Perodua Axia, Ahmad Fizham Abd Aziz, 19, dan penumpang, Mohd Faisal Afiq Mohd Din, 30, mengalami kecederaan.

Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pasir Mas berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan.
Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pasir Mas berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintanden Ismail Jusoh berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

"Setiba di lokasi kejadian iaitu berdekatan dengan Masjid Kangkong, kereta dipandu Roslan dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan berlaku pertembungan," katanya.

Mangsa kemalangan yang cedera dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dapatkan rawatan lanjut.
Mangsa kemalangan yang cedera dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, Roslan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta Perodua Axia dan penumpang dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.