Sembilan pegawai kanan PDRM bertukar, naik pangkat

Polis Diraja Malaysia
Polis Diraja Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa pada 4 November ini.

Mendahului senarai pertukaran itu ialah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kelantan, Superintendan Abdul Rozak Muhammad yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran seterusnya diikuti Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) (Jenayah Korporat/Kewangan) Kedah, Deputi Superintendan Elias Omar yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua JSJK Kedah dan memangku pangkat Superintendan.

Menurutnya, turut bertukar adalah Pegawai Turus Perundangan/Naziran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Deputi Superintendan Chan Ngai Ho yang memangku pangkat Superintendan sebagai Ketua JSJN Perlis; Deputi Superintendan Amir Hussin dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah; Deputi Superintendan Rowney Michael Jalak sebagai Ketua Polis Daerah Song, Sarawak; Deputi Superintendan Zamry Alli akan mengisi jawatan Ketua Polis Daerah Betong, Sarawak dan Deputi Superintendan Merbin Lisa sebagai Ketua Polis Daerah Simunjan, Sarawak.

"Pertukaran terakhir melibatkan Ketua Pusat Pengajian Pasukan Gerakan Am, Pulapol Kuching, Sarawak, Deputi Superintendan Saga Chunggat yang bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Dalat, Sarawak," katanya.

Artikel Berkaitan: