X

Kindly register in order to view this article
!

UTeM cipta mesin potong ikan automatik

Mastura Saadon (dua dari kiri) menunjukkan mesin pemotong ikan automatik yang dihasilkan bersama barisan penyelidik UTeM.
A
A

ALOR GAJAH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus melangkah ke hadapan dengan membangunkan mesin pemotong ikan automatik.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim berkata, produk inovasi yang dihasilkan penyelidik universiti tempatan itu bertujuan untuk menyuntik peningkatan industri pemprosesan hasil laut di negara ini.

Menurutnya, dengan kepakaran dan teknologi inovasi itu akan memudahkan kerja-kerja memotong ikan secara tidak langsung menjimatkan masa dan tenaga.

"Penghasilan produk inovasi menerusi penyelidikan telah dijalankan oleh barisan penyelidikan UTeM sendiri.

"Secara tidak langsung turut berperanan menyumbangkan inovasi kepada sektor ataupun industri perikanan di Malaysia," katanya.

Ikan yang dipotong menggunakan mesin inovasi Itu.
Ikan yang dipotong menggunakan mesin inovasi Itu.

Sementara itu Ketua Penyelidik, Intan Mastura Saadon berkata, mesin tersebut berpotensi dalam meningkatkan kadar produktiviti pemprosesan ikan setiap hari selain menghasilkan potongan ikan lebih kemas.

Menurutnya, berdasarkan kajian awal masa pemotongan dapat dikurangkan kepada lima saat setiap ikan jika menggunakan mesin itu dan ia dapat ditingkatkan sebanyak 12 kali ganda daripada biasa.

Katanya, sebelum ini pemotongan ikan secara manual memerlukan masa kira-kira seminit untuk dipotong menjadi potongan filet kupu-kupu serta berkemampuan untuk memotong ikan melalui dua cara potongan yang berbeza iaitu potongan filet biasa dan potongan filet kupu-kupu.

"Malah mesin ini juga menggunakan pisau pembelah dengan kuasa motor yang berupaya membelah ikan dengan kelajuan tinggi," katanya.

Tambah Intan Mastura, projek itu turut dihasilkan bersama tujuh penyelidik lain iaitu Norain Idris, Emy Zairah Ahmad, Halyani Mohd Yassim, Noor Saffreena Hamdan, Amalia Aida Abdul Halim, Nurul Kausar Abd Majid dan Umi Hayati Ahmad yang terdiri daripada pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) UTeM.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus