Terengganu, Singapura bincang kerjasama TVET

Ahmad Samsuri (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (kiri) di Wisma Darul Iman hari ini. -fotoBERNAMA
Ahmad Samsuri (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (kiri) di Wisma Darul Iman hari ini. -fotoBERNAMA
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerjasama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan antara agenda utama perbincangan dua hala antara kerajaan Terengganu dan Singapura hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat tertutup selama sejam antara beliau dan delegasi Kementerian Luar Singapura diketuai oleh Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Ahmad Samsuri berkata, Terengganu memiliki banyak institusi latihan dan kemahiran yang melahirkan tenaga kerja di pelbagai peringkat dan ia boleh dimajukan lagi melalui kerjasama dengan Singapura yang terkenal sebagai sebuah negara yang berjaya di Asia Tenggara.

"Kami di Terengganu mempunyai institut teknikal berkaitan pekerja mahir... ini adalah bidang-bidang yang kami fikir kita boleh belajar dari institusi teknikal Singapura,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Luar Singapura di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sementara itu, Vivian berkata, beliau telah menjemput kerajaan Terengganu untuk mengadakan kunjungan balas ke Singapura bagi melihat dan meninjau sendiri institusi teknikal di sana.

"Selain itu kerajaan negeri juga boleh mengadakan perjumpaan dengan pelabur-pelabur yang berpotensi untuk membangunkan bidang industri di Terengganu," katanya.

Perkara utama bagi pembangunan perindustrian ialah dengan mempunyai tenaga pekerja untuk melatih mereka yang mempunyai kemahiran yang relevan, jadi saya berharap delegasi kerajaan Terengganu akan melakukan lawatan ke Singapura,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: