PM tidak maksudkan GST akan terus dilaksana

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak bermaksud sistem percukaian itu akan terus dilaksanakan semula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution berkata, menurut laporan media yang dibacanya menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan Dr Mahathir ialah kerajaan hanya akan mengkaji keperluan untuk memperkenalkan semula sistem GST jika perkara itu merupakan kehendak rakyat.

"Kalau rakyat nak balik semula pada GST, kerajaan sedia kajilah. Bukan Perdana Menteri kata kerajaan akan laksanakan terus. Tak ada. Dia tidak sebut begitu. Jadi kita tamat di situ dari segi kenyataan PM.

"Saya baca ulang kali. Dia (Perdana Menteri) kata, kalau itu menjadi kehendak atau pilihan rakyat kerajaan bersedia untuk kaji. Maknanya ayat itu berlapik," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir berhubung GST.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pelan Tindakan Industri Katering 2020 di kementeriannya di sini. - Bernama

Artikel Berkaitan: