X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

BN tentukan calon setelah kajian selesai

Ahmad Zahid pada sidang media Kongres Maruah Melayu di Bangunan UMNO, PWTC, Kuala Lumpur. - Foto: Zahid Izzani
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai namun hanya akan memutuskan calon sama ada daripada UMNO atau MCA selepas kajian dibuat dalam waktu terdekat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung perkara itu.

“Kita akan bertanding. Perbincangan serta kajian terperinci sedang dilakukan. Kita hanya akan buat pengumuman calon setelah semua kajian dan rumusan dimuktamadkan,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November depan yang mana tarikh penamaan calon ditetapkan pada 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November.

Susulan itu juga, UMNO memutuskan untuk menunda Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 16 November kepada 4 hingga 7 Disember ini.

Perubahan itu dilakukan bagi memberi peluang kepada seluruh jentera parti memberi tumpuan pada PRK berkenaan.

PRK Tanjung Piai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!