Ibu tak restu Jay Kim masuk Islam

Daud Kim turut memuat naik video dia mengucapkan dua kali syahadah di laman Telegram miliknya.
A
A

KOREA SELATAN - [VIDEO] Ibu kepada Youtuber terkenal Korea Selatan, Jay Kim tidak bersetuju anaknya memeluk agama Islam dan perlu menukar kembali kepada agama asalnya iaitu Kristian Katolik.

Sebelum itu, Jay Kim yang menganut dan dibesarkan dalam keluarga yang beragama Kristian Katolik mengambil keputusan untuk kembali pulang ke rumahnya bagi memberitahu ibunya tentang penghijrahan yang dibuatnya baru-baru ini.

Perbualan di antara Jay atau nama Islamnya Daud Kim dengan ibunya itu turut dirakam dan diterbitkan di saluran YouTube miliknya.

Pada mulanya ibunya itu dilihat terkejut dan tidak bersetuju dengannya serta memarahinya.

“Kenapa awak tak beritahu benda yang penting ini pada saya terlebih dahulu? Kenapa awak buat keputusan ini seorang diri?

"Adakah awak sudah gila? Bolehkah awak menukar agama kembali?” reaksi ibunya ketika mengetahui bahawa anaknya itu telah berhijrah kepada Islam.

Namun lama-kelamaan apabila hati ibunya sudah ‘sejuk’, dia terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat anaknya itu.

“Saya sangat marah pada awak sebab itulah saya menjerit pada awak, saya minta maaf," kata ibunya.

Video pengakuan yang dibuat oleh Daud Kim dengan emaknya itu mendapat lebih sejuta tontonan dalam masa lima hari.

Terdahulu, tular di media sosial tentang seorang Youtuber dari Korea Selatan yang terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Perjalanannya sebelum dan selepas dia memeluk Islam turut dikongsi dalam saluran YouTube miliknya.

Daud mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam setelah hampir setahun mempelajari serta mengkajinya sendiri.

Dia turut berkongsi videonya mengucapkan syahadah di laman sosial Telegramnya dan mendapat pujian serta respon positif khusus daripada peminatnya yang beragama Islam.

"MashaAllah abang!! Selamat datang ke dalam Islam. Semoga Allah sentiasa merahmatimu," tulis Afeefah_khan 1

Kata imanneedsallah, "MashaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Sekarang awak dah masuk Islam, awak seperti bayi yang baru dilahirkan tanpa dosa. Awak sangat bertuah dan mungkin lebih baik dari mereka yang Muslim sejak lahir. Semoga awak dan kita semua sentiasa diberkati dan salam sayang daripada Malaysia."