Selangor peruntuk RM24 juta bantuan sekolah

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM24 juta di bawah program agihan bantuan sekolah tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif membantu menyelesaikan infrastruktur sekolah bagi keselesaan pelajar dalam menuntut ilmu.

Menurutnya, sebanyak RM19. 2 juta akan diagihkan kepada 665 sekolah seluruh Selangor pada fasa pertama tahun ini.

"Hari ini sebanyak 105 sekolah jenis kebangsaan Cina, lima sekolah menengah kebangsaan, 21 sekolah mubaligh dan empat sekolah menengah persendirian Cina menerima sumbangan itu.

"Bantuan infra ini diagihkan mengikut keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini sekolah berdasarkan borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh setiap sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada program ramah mesra bersama penerima bantuan sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.

Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil sekolah yang menerima sumbangan di bawah program bantuan agihan sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini. Foto: Pejabat Menteri Besar Selangor
Foto: Pejabat Menteri Besar Selangor
Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil sekolah yang menerima sumbangan di bawah program bantuan agihan sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini. Foto: Pejabat Menteri Besar Selangor Foto: Pejabat Menteri Besar Selangor

Amirudin berkata, program tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak 2017 dengan peruntukan sebanyak RM16 juta dan ditingkatkan kepada RM22 juta sebelum menjadi RM24 juta sejak tahun lepas serta tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata, kerajaan negeri menyediakan banyak manfaat pendidikan secara berterusan bermula dari peringkat bayi sehingga ke institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Insentif Peduli Rakyat (IPR).

"Ia meliputi program subsidi yuran, Skim Tunas sebanyak RM50 sebulan kepada keluarga berpendapatan isi rumah sebanyak RM2,500 untuk anak-anak masuk ke tadika selain Program Tuisyen Rakyat Selangor.

"Di peringkat IPT, kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan di bawah Hadiah Pengajian IPT (HPIPT), peduli siswa dalam dan luar negara serta inisiatif yang terbaharu iaitu Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (Ikhtisass)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap peruntukan oleh kerajaan negeri ini digunakan sebaiknya dan menjadi permulaan ke arah kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan pihak sekolah.